Pokok Kesukaan Sha
Assalamualaikum..
Hye semua..
Dua pokok ini Sha dapat dari pengasuh anak Sha dan memang kesukaan Sha sebab dia berduri.. Lama dah sebenarnya nak pindahkan ke tanah tapi asyiklah lupa.. Semalam tengahari buat juga.. Di bawah terik mentari, akhirnya kedua-dua pokok ini selamat di tanam atas tanah.. Sha letak dalam gelung tayar dan pengadang batu untuk elakkan dari terkena mesin rumput.. Demi keselamatan pokok, kita buatlah pengadang.. Gitu.. Lagipun pokok-pokok ini mudah sangat nak jaga.. Janji jangan terlalu banyak air.. Kedua-dua pokok bunga ini jenis berduri sebab tu Sha suka..
Pokok kunyit yang tumbuh dengan jayanya selepas pokok-pokok lalang berjaya dimatikan.. kikiki.. Kami tindih dengan alas getah atas lalang tu..
Update: Pokok ini usia dia 2 tahun 25 hari.. Boleh tengok di entry bertajuk Tanam Pokok Kunyit ini..
Sehingga ada bungalah.. Pertama kali Sha nampak pokok kunyit ini berbunga..
Ini pula cubaan menanam pokok bunga raya putih.. Kata orang tua, daunnya elok untuk jerlum anak yang demam..