Assalamualaikum..
Hye semua..
Semalam bawa Imani untuk temujanji tampal gigi dan susulan dari Coretan 02 Ogos 2023.. Kali ini untuk tampal gigi dan juga buat perbincangan mengenai pembedahan buang gigi.. Kebetulan sebelum jumpa semalam, Sha dah jumpa dengan Ketua doktor gigi ini terlebih dahulu.. Doktor dah maklumkan apa yang perlu dibuat.. Jadinya Sha dan encik suami dah pun berbincang untuk lakukan operasi pembedahan dimana dua gigi taring susu dibuang serentak dengan gigi tambahan yang ada di hidung Imani.. Jadinya semalam, doktor terima keputusan kami dan buat surat rujukan untuk bertemu Pakar ENT terlebih dahulu untuk melihat kedudukan gigi tambahan tu dengan lebih tepat.. Temujanjinya minggu hadapan.. Bulan ini berturut-turutlah Imani ke hospital..
Semalam juga berjaya pujuk dia untuk tampal kedua-dua gigi serentak.. Doktor muda yang melakukan tampalan tu pun sangat baik dan sabar melayan kerenah Imani.. Boleh pula masa tengah buat tampalan, Imani minta berhenti sebab nak ke toilet.. Tergelak doktor tu dengan keletah Imani..
Budak manja.. Alhamdulillah dipermudah semua urusan kami semalam..