Assalamualaikum..
Hye semua..
Alhamdulillah.. Selesai beli baju untuk tahun ini.. Kali ini kami pilih satu warna tapi berbeza tona dengan corak baju tak sama.. Amani dan Imani dah ada pilihan sendiri.. Anak perempuan dah pandai melawa.. Amani lebih gemarkan baju yang coraknya sikit.. Imani pula citarasanya hampir sama dengan kakak tapi sebab dia lambat memilih, haruslah dia cari yang berbeza.. Imani pun dah pakai saiz dewasa XS.. Amani pula saiz M.. huhuhu.. Sekejap sahaja besarnya anak-anak ini.. Sedikit demi sedikit semakin kurang masa mereka akan bersama kita..