Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha beli dengan kawan pejabat.. Bukanlah yang viral-viral tu.. Tak kuasa Sha nak beratur.. Kek ini bukan boleh makan sekaligus, manis okay.. Jadinya Sha makan selang selang.. Bersama secawan kopi atau teh kurang manis.. Mujurlah saiz dia kecil, jadinya tak ada simpan-simpan.. Buka je satu rasa, terus habis makan dengan anak dan encik suami..

Kek Tapak Kuda (Mix Flavour) - RM25

Comel je keknya.. Ada 5 rasa iaitu:-
Matcha Crunchy
Red Velvet Crunchy
Pandan Crunchy
Hazelnut Crunchy
Pistachio Cruncy

Matcha Crunchy - Adalah rasa matcha tu pada inti yang crunchy bahagian tengah tu.. Rasa matcha tu tak adalah kuat sangat.. Okay okay sahaja..

Red Velvet Crunchy - Rasa yang biasa sahaja.. Tak ada yang wow.. Macam makan kek dengan inti coklat..

Pandan Crunchy - Warna hijau kek tu memang cunlah.. Rasa pandan dia tak adalah kuat.. Biasa-biasa sahaja.. 

Hazelnut Crunchy - Pergh!! Mantap.. Rasa kacang hazel tu memang best..

Pistachio Crunchy - Ini memang yang paling best.. Puas hati.. Ngam betul dengan tekak..
Previous Post Next Post