Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

TCA Implanon

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam Sha ada TCA di Klinik Ibu & Anak untuk pemeriksaan berkala selepas pakai implanon.. Mujurlah dengar cakap encik suami untuk singgah klinik desa ambil buku perancang sebelum ke Klinik Ibu & Anak berjumpa doktor.. Alhamdulillah dapat jumpa doktor yang baik.. Memang menyeluruh dia tanya Sha.. Mula-mula pasal kecing manis.. Doktor suruh teruskan TCA di Klinik Pakar.. Nanti dia akan semak semula keputusan.. Lepas tu beliau tanya mengenai haid, okay ke tak lepas tukar implant hari tu.. Sha cakap ada lah dia haywire bila keluar lebih dari hari yang sepatutnya cuma tak adalah bleeding teruk.. Doktor bagi tahu, normal sebab Sha dah ambil hormon ini dekat 10 tahun.. 

Perkara seterusnya doktor tanya pasal ujian pap smear.. Sha cakaplah tahun lepas Sha buat dua kali.. Sekali yang pap smear biasa tu dan sekali lagi yang HPV DNA tu.. Doktor tanya keputusan okay ke.. Sha cakaplah tak ada panggilan, maksudnya okaylah kan.. Jadi dokyor suruh juga Sha dapagkan keputusan tu dekat LPPKN.. Jadinya lepas selesai dekat Klinik Ibu & Anak, terus Sha pergi ambil keputusan tu.. Alhamdulillah okay..

Perkara terakhir yang doktor tanya adalah mengenia memogram.. Sha cakaplah tak pernah buat.. Jadinya doktor tanya sejarah kanser dalam keluarga.. Sha bagi tahulah arwah mak ada kanser payudara.. Doktor akan dapatkan tarikh untuk Sha buat ujian memogram tu.. Lepas 3 bulan jumpa balik doktor untuk tengok keputusan memogram tu..

Memang menyeluruh doktor tu temuduga Sha.. kikiki.. Sebelum jumpa doktor, kena ambil darah juga.. Dua kali cucuk.. Kiri tak keluar, kanan baru keluar darah.. 

Selesai temujanji pertama untuk tahun ini..